Isnin, 30 Disember 2013

Cerita Pergi Cameron Highland

Pada 20 Disember 2013 yang lalu, aku sekeluarga (isteri dan 2 orang anak) dan keluarga sebelah isteri ( 6 orang ) telah berpeluang melawat ke tempat peranginan di Tanah Tinggi Cameron. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Semasa berada di sana, kami menginap di apartment Crown Imperial, Brinchang. Tempat penginapan tu tak jauh dari pasar malam Brinchang. Jadi nak ke pasar malam tak ada masalah jalan sesak. Kalau tak, memang sesak sangat jalan menghala ke pasar malam Brinchang tu.  Semasa Tahun Baharu Cina, kami juga telah pernah pergi Cameron dan menginap di Tanah Rata. Dari Tanah Rata nak ke Brinchang tak jauh mana pun. Tapi disebabkan kesesakan yang teruk, nak sampai ke sana ambil masa sejam jugak. Dah sampai kat Brinchang, masalah nak letak kereta pulak. 





Ini tempat penginapan kami, ada tiga bilik. Keadaannya selesa juga ler.

         Jadi pada kali ini, tak ada masalah jalan sesak atau parkir, jalan kaki jer dari tempat penginapan ke pasar malam tu. Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan tengok orang. Macam-macam yang dijual kat situ. Daripada makanan, sayur-sayuran, buah strawberi, pokok kaktus hiasan, pakaian dan lain-lain semua boleh didapati di pasar malam tu.  Adik ipar beli sedikit sayur dan jagung pada malam tu. Sayur tu nak makan pada malam tu, (kami buat steamboat pada malam pertama). Ada 2 perisa sup iaitu sup tomyam dan sup biasa. Bebola ikan dan daging dah dibeli awal-awal lagi di Kajang. Setengah besen beberapa jenis bebola habis pada malam tu. Macam mana tak habis, 19 orang yang menghabiskannya. Sebenarnya ada lagi dua keluarga sebelah suami adik ipar pun turut sama. Mereka tinggal kat sebuah lagi rumah di apartment yang sama.

          Keesokannya,selepas makan tengah hari, kami pergi melawat Taman Lavender. Bergambar dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Nanti saya muat naik beberapa keping gambar di Taman Lavender. Isteri dan mak mentua tak nak masuk. Tak larat nak panjat bukit kata mereka. Memang adalah panjat bukit sikit semasa melawat kawasan taman bunga tu. Jadi mereka duduk menunggu di luar. Tiket nak masuk ke taman ini  RM5 seorang.




Taman Lavender



 Bersama dengan anak saudara, Eugene dan Chellyn

     Pada hari tu,  tempat tu saja yang kami lawat. Balik dari sana, pergi pasar malam lagi. Tak beli apa-apa pun jalan2 jer. Malam tu kami buat barbeku. Bakar ayam dan ikan. Buat percik. Anak dan anak saudara pulak sibuk bakar hotdog.
          Selepas check out pada hari ketiga, kami balik ikut Simpang Pulai. Sebelum tu singgah beli jagung dan sedikit sayur di KEA Farm. Sebab hari tu hari minggu, orang ramai, jadi jalan sesak dan susah nak dapat parkir. Isteri dan anak jer yang turun pergi beli. Dalam perjalanan ke Simpang Pulai, singgah sekejap di Green View Garden. Ambil gambar dan makan kek strawberi.



 Gambar kenangan di Green View Garden

Kek Strawberi RM6.50 sekeping

Sampai  Simpang Pulai kami ke Ipoh sekejap. Pergi beli biskut yang terkenal kat Ipoh iaitu biskut Yee Hup. Selepas tu pergi makan nasi ayam tauge di bandar Ipoh.Kemudian baru beransur pulang ke KL.

Isnin, 23 Disember 2013

Sepanjang Jalan Kenangan

Pejam celik, pejam celik...rupa-rupanya 4 tahun bergelar pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di IPGKBA telah tamat pada 19 November yang lalu. Masa berlalu dengan pantas. Kini, kami seramai 30 orang pelajar PGSR ( 11 lelaki, 19 perempuan) bakal bergelar guru berijazah. November 2009, saya melaporkan diri di IPGKBA.
          Saya merupakan satu-satunya pelajar PGSR yang bukan berbangsa Melayu di situ. Walau bagaimanapun itu bukan menjadi halangan untuk saya meneruskan pengajian. Tak ada masalah untuk menyesuaikan diri untuk bersama-sama menimba ilmu. Semua rakan-rakan seperjuangan baik lelaki atau perempuan semuanya baik-baik  belaka.
           Banyak kenangan manis yang sempat dilalui bersama-sama selama 4 tahun berada di IPGKBA. Cuti sekolah jer...pasti kami seramai 30 orang pelejar tua akan berada di IPGKBA untuk meneruskan pengajian untuk mendapatkan segulung ijazah. Anak, isteri, suami dan keluarga terpaksa ditinggalkan buat sementara demi mengejar ilmu. Penat lelah selama ini akan tinggal kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.
          Gambar kenangan bersama dengan mentor kami Dr. Nurfarah Lo akan menjadi kenangan buat selama-lamanya.
          Ini gambar geng lelaki seramai 11 orang. (Barisan depan :Zulkifli, Baseri, Azli, Dr. Nurfarah, Dali. Rizan, Nazri) ( Barisan belakang; Eh Sai, Alias, Suhaimi, Azman, Wan Iskandal).


Ini pula geng perempuan.

(Barisan depan:Nor Fadzilah, Najwa, Fauziah, Fazilah, Dr. Nurfarah, Zainab, Rosnani, Azua, Maizaiton, Zanariah) (Barisan belakang: Nora, Rohaiza, Norhayati, Hasna, Arbayah. Wan Ruslani, Sharifah Noor, Norini, Rosnah, Nirwana)








         

Jumaat, 29 November 2013

Cerita Malam Ini

Malam ini, malam Sabtu. Sekarang jam menunjukkan pukul 12.15 tgh malam. Aku sedang mereka cipta sebuah blog. Kenapa aku nak buat blog ni? Sebenarnya aku sendiri kurang pasti kenapa aku nak bina blog ini. Mungkin orang lain ada blog, aku juga nak ada blog. Memang dah lama aku memasang niat dalam hati nak buat blog sendiri. Aku belajar membuat blog ini melalui internet. Nanti aku akan muat naik cerita2 yang aku rasa menarik dalam blog ini. Buat permulaan, aku rasa cukup dahulu coretan aku pada malam ni...