Isnin, 30 Disember 2013

Cerita Pergi Cameron Highland

Pada 20 Disember 2013 yang lalu, aku sekeluarga (isteri dan 2 orang anak) dan keluarga sebelah isteri ( 6 orang ) telah berpeluang melawat ke tempat peranginan di Tanah Tinggi Cameron. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Semasa berada di sana, kami menginap di apartment Crown Imperial, Brinchang. Tempat penginapan tu tak jauh dari pasar malam Brinchang. Jadi nak ke pasar malam tak ada masalah jalan sesak. Kalau tak, memang sesak sangat jalan menghala ke pasar malam Brinchang tu.  Semasa Tahun Baharu Cina, kami juga telah pernah pergi Cameron dan menginap di Tanah Rata. Dari Tanah Rata nak ke Brinchang tak jauh mana pun. Tapi disebabkan kesesakan yang teruk, nak sampai ke sana ambil masa sejam jugak. Dah sampai kat Brinchang, masalah nak letak kereta pulak. 





Ini tempat penginapan kami, ada tiga bilik. Keadaannya selesa juga ler.

         Jadi pada kali ini, tak ada masalah jalan sesak atau parkir, jalan kaki jer dari tempat penginapan ke pasar malam tu. Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan tengok orang. Macam-macam yang dijual kat situ. Daripada makanan, sayur-sayuran, buah strawberi, pokok kaktus hiasan, pakaian dan lain-lain semua boleh didapati di pasar malam tu.  Adik ipar beli sedikit sayur dan jagung pada malam tu. Sayur tu nak makan pada malam tu, (kami buat steamboat pada malam pertama). Ada 2 perisa sup iaitu sup tomyam dan sup biasa. Bebola ikan dan daging dah dibeli awal-awal lagi di Kajang. Setengah besen beberapa jenis bebola habis pada malam tu. Macam mana tak habis, 19 orang yang menghabiskannya. Sebenarnya ada lagi dua keluarga sebelah suami adik ipar pun turut sama. Mereka tinggal kat sebuah lagi rumah di apartment yang sama.

          Keesokannya,selepas makan tengah hari, kami pergi melawat Taman Lavender. Bergambar dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Nanti saya muat naik beberapa keping gambar di Taman Lavender. Isteri dan mak mentua tak nak masuk. Tak larat nak panjat bukit kata mereka. Memang adalah panjat bukit sikit semasa melawat kawasan taman bunga tu. Jadi mereka duduk menunggu di luar. Tiket nak masuk ke taman ini  RM5 seorang.




Taman Lavender



 Bersama dengan anak saudara, Eugene dan Chellyn

     Pada hari tu,  tempat tu saja yang kami lawat. Balik dari sana, pergi pasar malam lagi. Tak beli apa-apa pun jalan2 jer. Malam tu kami buat barbeku. Bakar ayam dan ikan. Buat percik. Anak dan anak saudara pulak sibuk bakar hotdog.
          Selepas check out pada hari ketiga, kami balik ikut Simpang Pulai. Sebelum tu singgah beli jagung dan sedikit sayur di KEA Farm. Sebab hari tu hari minggu, orang ramai, jadi jalan sesak dan susah nak dapat parkir. Isteri dan anak jer yang turun pergi beli. Dalam perjalanan ke Simpang Pulai, singgah sekejap di Green View Garden. Ambil gambar dan makan kek strawberi.



 Gambar kenangan di Green View Garden

Kek Strawberi RM6.50 sekeping

Sampai  Simpang Pulai kami ke Ipoh sekejap. Pergi beli biskut yang terkenal kat Ipoh iaitu biskut Yee Hup. Selepas tu pergi makan nasi ayam tauge di bandar Ipoh.Kemudian baru beransur pulang ke KL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan