Ini tempat penginapan kami, ada tiga bilik. Keadaannya selesa juga ler.
Jadi pada kali ini, tak ada masalah jalan sesak atau parkir, jalan kaki jer dari tempat penginapan ke pasar malam tu. Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan tengok orang. Macam-macam yang dijual kat situ. Daripada makanan, sayur-sayuran, buah strawberi, pokok kaktus hiasan, pakaian dan lain-lain semua boleh didapati di pasar malam tu. Adik ipar beli sedikit sayur dan jagung pada malam tu. Sayur tu nak makan pada malam tu, (kami buat steamboat pada malam pertama). Ada 2 perisa sup iaitu sup tomyam dan sup biasa. Bebola ikan dan daging dah dibeli awal-awal lagi di Kajang. Setengah besen beberapa jenis bebola habis pada malam tu. Macam mana tak habis, 19 orang yang menghabiskannya. Sebenarnya ada lagi dua keluarga sebelah suami adik ipar pun turut sama. Mereka tinggal kat sebuah lagi rumah di apartment yang sama.
Keesokannya,selepas makan tengah hari, kami pergi melawat Taman Lavender. Bergambar dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Nanti saya muat naik beberapa keping gambar di Taman Lavender. Isteri dan mak mentua tak nak masuk. Tak larat nak panjat bukit kata mereka. Memang adalah panjat bukit sikit semasa melawat kawasan taman bunga tu. Jadi mereka duduk menunggu di luar. Tiket nak masuk ke taman ini RM5 seorang.
Taman Lavender
Bersama dengan anak saudara, Eugene dan Chellyn
Pada hari tu, tempat tu saja yang kami lawat. Balik dari sana, pergi pasar malam lagi. Tak beli apa-apa pun jalan2 jer. Malam tu kami buat barbeku. Bakar ayam dan ikan. Buat percik. Anak dan anak saudara pulak sibuk bakar hotdog.
Selepas check out pada hari ketiga, kami balik ikut Simpang Pulai. Sebelum tu singgah beli jagung dan sedikit sayur di KEA Farm. Sebab hari tu hari minggu, orang ramai, jadi jalan sesak dan susah nak dapat parkir. Isteri dan anak jer yang turun pergi beli. Dalam perjalanan ke Simpang Pulai, singgah sekejap di Green View Garden. Ambil gambar dan makan kek strawberi.
Gambar kenangan di Green View Garden
Kek Strawberi RM6.50 sekeping
Sampai Simpang Pulai kami ke Ipoh sekejap. Pergi beli biskut yang terkenal kat Ipoh iaitu biskut Yee Hup. Selepas tu pergi makan nasi ayam tauge di bandar Ipoh.Kemudian baru beransur pulang ke KL.