Hari ini merupakan hari terakhir aku dapat tinggal bersama dengan tuanku. Sudah lebih daripada 13 tahun aku berkhidmat dengan tuan aku. Sebagai sebuah kerusi plastik, aku rasa sudah begitu lama aku dapat berkhidmat kepada keluarga tuan aku.Tuan aku, isteri dan anak-anak tuan aku pernah menggunakan aku sebagai tempat duduk dan tempat berdiri. Aku digunakan semasa mereka mengulang kaji pelajaran, menghadap komputer, menonton televisyen, makan dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja khidmat aku kepada tuanku, kadang-kadang tuan aku akan memanjat ke atas badan aku untuk membersihkan kipas, siling atau di atas almari.
Dua hari sebelum menjelang Tahun Baharu Cina, nasib malang menimpa aku dan tuanku. Semasa tuanku memanjat aku untuk membersihkan bahagian atas almari pakaian, kaki tuan aku telah terjerlus ke bawah kerana aku tidak dapat menampung berat badan tuanku. Lagipun aku telah reput kerana telah lama digunakan.
Ekoran daripada kejadian itu, beberapa bahagian badan tuanku luka. Nasib baik tiada luka yang dalam, cuma calar di kaki dan belakang badan sahaja.
Pada petang itu juga, aku telah dibuang ke tempat pembuangan sampah. Walaupun nasib aku sebegini, namun aku aku tetap bersyukur kerana aku telah dapat berkhidmat kepada keluarga tuanku untuk sekian lama.
Biarlah gambar-gambar di bawah menceritakan tentang aku dan keadaan tuanku pada hari terakhir aku bersamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan