Sempena lawatan ke Bangkok, Thailand pada tahun 2014, saya telah berpeluang melawat ke Tiger Temple di Kanchanaburi. Jarak antara Bangkok dengan Tiger Temple lebih kurang 170km. Kami telah menyewa sebuah sebuah van pelancongan untuk ke sana. Sewanya 3500Baht untuk perjalanan pergi dan balik. Masa perjalanan ke sana pada hari itu mengambil masa yang agak panjang kerana kesesakan lalu lintas. Menurut Mr Samart (pemandu van), kalau jalan tidak sesak masa perjalanan cuma 3 jam sahaja. Namun perjalanan kami pada hari itu mengambil masa lebih daripada empat jam.
Sesampai sahaja di sana, kami bergegas untuk membeli tiket kerana kesuntukan masa. Masa lawatan akan tamat pada pukul 3.00 petang. Harga tiket masuk ialah 600Baht seorang. Untuk masuk ke kawasan kuil, pelancong mesti mematuhi etika pakaian. Pelancong tidak dibenarkan memakai pakaian yang berwarna merah atau merah jambu. Oleh sebab ada yang berpakaian merah pada hari tu, maka terpaksa membeli baju yang berwarna lain di luar kawasan kuil itu. Selain itu, kaum wanita juga dilarang berpakaian mencolok mata. Berskirt pendek dan berseluar pendek dilarang masuk. Nasib baik di luar kuil itu ada menjual seluar.
Semasa berada di kawasan kuil Buddha itu, kami berpeluang mengambil gambar bersama dengan harimau. Banyak gambar yang sempat kami abadikan sebagai kenangan semasa di kuil tersebut.
Hi encik,boleh saya dapatkan contact number Mr Samart?
BalasPadamContact number Mr Samart 08-1254 9492/668-1254-9492
PadamEmail samart-van-d@hotmail.com