Sempena cuti sekolah Tahun Baharu Cina pada tahun ini, saya sekeluarga (isteri, anak perempuan, mak mentua dan adik ipar) telah berpeluang ke Ipoh untuk jalan-jalan cari makan. Bertolak dari Taman Seri Gombak lebih kurang pukul 4.00 petang. Perjalanan lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas. Kelihatan kesesakan berlaku dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang akan memulakan tugas pada keesokan hari selepas menghabiskan cuti sempena Tahun Baharu Cina di kampung halaman.
Pukul 7.00 malam sampai di rumah inap desa di Taman Lapangan Permai yang telah ditempah lebih awal. Malam tu keluar makan di bandar Ipoh. Makan kuetiau masak Hokkien di Restoran Tuck Kee. Ramainya orang malam ni, nak makan pun kena tunggu meja. Tunggu lebih kurang setengah jam baru dapat meja. Selepas tempah tiga jenis mi, kena tunggu lagi. Selepas satu jam menunggu akhirnya hidangan yang dipesan sampai.
Isnin (23 Februari 2015)
Pada hari kedua, misi mencari makan diteruskan. Pagi ni anak nak makan dimsum. sampai di Restoran Foh San kelihatan begitu ramai orang. Kena tunggu meja lagi. Nasib baik tak perlu tunggu lama sangat. Restoran terkenal memang macam ni , nak makan kena tunggu meja. tengok meja mana-mana yang dah selesai dia orang makan, berdirilah kat tepi meja tu. Apabila orang tu bangun, kita orang pula ambil alih. Semasa kami makan pun macam tu jugak. Tak sempat kami makan habis dah ada orang berdiri di tepi meja untuk duduk di situ.
Lepas tu pergi beli tart telur dan minum kopi di Restoran Nam Heong. Kena beratur lagi nak beli tart. Nak duduk makan kena tunggu meja lagi. Selepas beratur lebih kurang setengah jam akhirnya lima biji tart telur berjaya dibeli.
Malam, sekali lagi pergi makan di restoran Tuck Kee.
Selasa (24 Februari 2015)
Selepas keluar dari inap desa yang kami sewa, kami pergi makan mi sup dan asam laksa yang ditambah dengan bebola ikan, bebola daging.
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sempat melawat Tokong Kuan Yin terletak di dalam gua di Ipoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan